Nuffnang....

Rabu, 16 Februari 2011

Suami Belasah Isteri depan Ibu bapa


Apalah nak jadi dengan lelaki-lelaki yang jenis tak bertanggungjawab ni...macamana nak bimbing keluarga kalau dah diri memang tak boleh nak bersabar n perangai macam haiwan buas...balik-balik,wanita yang jadik mangsa...bukak lah sikit mata wahai lelaki yang spesis macamni...


SEPANG: Berang dituduh menjalin hubungan sulit dengan wanita lain, seorang lelaki bertindak ganas membelasah isterinya di hadapan ibu bapanya sendiri di rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi.
Sebelum kejadian kira-kira jam 10 malam Ahad lalu, mangsa berusia 27 tahun bertanyakan suaminya berusia 26 tahun mengenai hubungan sulitnya dengan seorang wanita, tetapi dinafikan menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

Menurut sumber, pasangan suami isteri itu sering bertengkar gara-gara sikap si suami mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan didakwa bermain kayu tiga.
“Mangsa yang tidak tahan dengan sikap hidung belang suaminya menuntut penjelasan mengenai kebenaran hubungan terlarang itu, namun dinafikan sebaliknya mangsa dituduh sengaja mengada-adakan cerita tanpa usul periksa.

“Mangsa tidak berpuas hati terus mendesak suaminya supaya mengaku perbuatan itu menyebabkan lelaki terbabit berang lalu menampar muka isterinya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan suaminya cuba menepis, namun suaminya seperti dirasuk terus membelasahnya.

“Pada masa sama, ibu bapa suami mangsa yang tinggal bersama mereka hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu masuk campur urusan suami isteri itu.

“Berikutan kejadian itu, mangsa cedera di muka, tangan, kepala dan bibir,” katanya.

Menurut sumber, selepas puas membelasah, lelaki terbabit terus keluar dari rumah meninggalkan isterinya yang dalam kesakitan.

“Mentua mangsa membantu mangsa dan menasihatinya supaya bersabar dengan tindakan dilakukan anak mereka.

“Mangsa yang tidak sanggup lagi diperlakukan sedemikian membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi,” katanya.

Difahamkan, kejadian wanita terbabit dibelasah suaminya bukan kali pertama kerana sebelum ini jika terdapat salah faham antara mereka, dia turut menjadi mangsa belasahan suaminya hingga cedera.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sepang, Deputi Superintendan Baharuddin Mustapa mengesahkan menerima laporan itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK).

wOOWww..memang hebat...

Sumber : Harian Metro 17 Februari 2011

GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.


PADA usia 17 bulan, kanak-kanak ini sudah boleh membaca dan menyebut perkataan dengan lancar. Malah, lebih menakjubkan apabila dia mula mengenal huruf pada kad imbasan menjelang usia enam bulan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kanak-kanak seusianya.
Malah, ketika berkunjung ke Genius Baby On Board yang terletak di Puchong, Selangor, Rania Qarissa Rizal Saiful Rizal, 3, sama seperti kanak-kanak lain, namun kesukaan pada bahan bacaan amat terserlah apabila sepanjang masa dia memegang buku, kad imbasan atau berdamping dengan komputer peribadi. Kini, dia juga mula mendalami bahasa Arab dan Cina hanya berpandu kepada cakera padat di bawah pengawasan ibunya, Norhidawati Abdul Aziz, 30.


Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa.

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.


bu kepada dua cahaya mata comel ini memberitahu, keterujaannya untuk melihat anaknya membaca pada usia awal kerana rasa tercabar apabila menonton video kanak-kanak di luar negara yang mampu membaca pada usia enam bulan. Sejak itu, dia sanggup melakukan apa saja demi melihat anaknya mampu membaca pada awal usia.


erkara pertama dilakukan ialah dengan membeli kad imbasan lalu menunjukkan pada Qarissa menggunakan teknik satu kad satu saat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Sepanjang melakukan aktiviti itu, Qarissa tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun saya tetap meneruskannya dan tidak berputus asa.

“Menjelang hari keempat, Qarissa mula menangis kerana ingin memegang kad, namun saya tidak membenarkannya dan tetap menunjukkan kepadanya,” ujarnya yang mengakui apabila anak mula menyukainya, itulah masa sesuai untuk membentuk minat membaca kepada anak-anak.

Kesukaran mencari produk sesuai untuk bayi terutama dalam konteks pengajaran di Malaysia, memberi cabaran kepada Watie, namun dia bernasib baik kerana pada usia Qarissa 11 bulan, dia terjumpa laman sesawang Little Reader ketika sedang melayari Internet lantas dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajar Qarissa dengan berpandukan kepada laman sesawang itu.

“Menariknya, proses pembelajaran menerusi Little Reader tidak membosankan dan menyeronokkan kerana semua aktiviti dilakukan menerusi gambar dan muzik serta kaedah bermain. Jadi anak-anak tidak berasa tertekan kerana pengajaran dilakukan seperti mana bermain.

“Lebih penting anak anda mampu membaca dalam tempoh yang singkat. Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka berkeinginan membentuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh itu Watie mengajar anaknya tanpa jemu, walaupun ada masanya Qarissa tidak menunjukkan minat dan membiarkan saja. Namun, Watie tidak berputus asa kerana dia percaya bagi mendapat hasilnya bukanlah dalam tempoh singkat walaupun perlu mengajar sehing�ga 100 atau 1,000 kali sekalipun dia yakin Qarissa akan menunjukkan perubahannya.

Memang benar ada kalanya apabila rasa tidak yakin, Qarissa terus saja menunjukkan perubahan positif sehingga pada suatu hari Qarissa boleh membaca dengan lancar setiap baris ayat dan inilah saat paling meng�gembirakan bagi Watie. Baginya, kebolehan ditunjukkan anaknya itu membuktikan semua bayi adalah genius.

“Saya selalu tidak yakin dengan kemampuan Qarissa, tetapi apabila dia menunjukkan perubahan di luar jangkaan menyebabkan saya percaya ibu bapa harus menanam rasa percaya dengan kebolehan anak-anak. Jangan berprasang�ka anak tidak bijak dan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dia sering merangsang otak kanan anaknya dengan perasaan kasih sayang manakala pada waktu malam menggunakan teknik sheseida iaitu bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur bagi merangsang otak kiri mereka.

Selepas kelahiran anak kedua Rania Quzayra, Watie terus berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya, malah dia tidak menunggu masa yang lama untuk merangsang otak Quzayra.

Pada usia lima bulan, dia terus menggunakan cara yang sama seperti mana diberikan kepada Qarissa dan semakin percaya yang semua bayi adalah bijak. Quzayra dilahirkan tanpa tulang pada tangan kanan bermula daripada pergelangan sehingga jari dan hanya daging semata-mata yang membentuk tangan dan jari.

Walaupun mempunyai ruas, jarinya tidak dapat dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaannya. Istimewanya juga kerana tangan itu boleh dilentur ke mana saja tanpa rasa sakit.

Menurut Watie, kelahiran Quzayra cuma satu antara 32,000 kelahiran dan sebagai kanak-kanak istimewa berpenyakit symbrachydactyly, dia mahu membuktikan Quzayra mampu seperti mana kanak-kanak lain.

“Saya dapat rasakan yang sesungguhnya kelahiran Quzayra adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat menerusi penglihatan, perasaan dan proses menerusi deria mata dan otak, seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui penulisan di alam maya.

“Ini bertujuan supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu sempurna dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang berbeza,” ujarnya.

Kini, Quzayra yang dilahirkan pada 7 April 2010 menga�gumkan ibunya dengan kebijaksanaannya. Quzayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga tidak nampak kekurangannya.

Contohnya, walaupun memiliki tapak tangan kanan kecil dan lembut, dia bertepuk tangan menggunakan pergelangan tangan yang bertulang dan bukannya tapak tangan. Ini kerana sekiranya bertepuk tapak menggunakan tangan pasti tidak akan berbunyi berbanding lengan bertulang.

“Sebagai ibu saya berharap apa yang berlaku kepada Quzay�ra akan memberikan motivasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya percaya dengan kebolehan anak-anak bagaimana sekalipun keadaan mereka.

“Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai, malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dan dia boleh melakukannya.

“Tanamkan dalam minda yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak dan yakin mereka akan menun�jukkan kehebatan mereka,” katanya.

Tambah Watie, apabila ibu bapa berada dalam minda positif, aura positif akan terpancar dan sentiasa mengelilingi diri mereka setiap masa. Ini sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak.

Selasa, 15 Februari 2011

Sejuknya...

Assalamualaikum..hari ni adalah hari permulaan untuk blog baru ini....susah juga nak mencari nama yang sesuai untuk diletakkan dalam blog baru ini..tapi setelah try n error akhirnya dapatlah nama yang sempoi tak berapa nak sempoi ni..

tapi yang paling penting,namanya kedengaran seperti sejuk inilah yang diharap2kan agar dapat menjadikan hati anda sejuk dan tenang aje..walaupun membaca entri yang panas yang bakal dipertontonkan,tapi moga anda tetap sentiasa cooooll je..

kalau tak kebertan,jom laa pakat jadi follower blog ni yer...c uuuuuu...